Gelagat si kecil excited dapat aiskrim, “Perempuan dengan makanan…”

Gelagat si kecil excited dapat aiskrim, “Perempuan dengan makanan…”

Kalau bercakap tentang makanan, sesiapa sahaja pasti suka makan terutamanya perempuan yang lebih teruja setiap kali menikmati makanan kegemaran mereka. Baru-baru ini pula, gelagat seorang budak kecil yang begitu teruja apabila melihat makanan mencuit hati netizen.

Mana tidaknya, reaksi kanak-kanak itu yang begitu gembira turut sama membuatkan netizen ‘cair’ melihat kecomelannya ini. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

@aliasyafikahalias

Perempuan dgn makanan tak dapat dipisahkan 😅 haha haih la nur aafiyah adelia #fypシ #forfun #tiktok #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak perempuan itu dilihat sedang menunggu pesanan aiskrim yang dipesan oleh bapanya itu. Sebaik sahaja melihat pesanannya tiba, dia mula memberikan reaksi wajah teruja sambil turut menjerit melihatnya.

Lebih melucukan, kanak-kanak itu siap memeluk lengan bapanya itu dek terlalu teruja melihat makanan kegemarannya tiba. Reaksi teruja dari kanak-kanak itu turut membuatkan ahli keluarga yang lain tersenyum melihatnya.

makanan

Dalam masa yang sama, kanak-kanak itu turut melompat-lompat sambil ketawa sekaligus membuatkan yang lain berdekah dengan telatah comelnya ini. Bukan sahaja kelihatan comel malah reaksinya ini turut membuatkan ramai terhibur.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama dapat relate dengan perasaan teruja yang dialami kanak-kanak itu. Biasanya sesiapa sahaja pasti akan berasa gembira apabila dapat menikmati makanan kegemaran mereka sepertinya ini.

“Amboi-amboi seronoknya…”

budak kecil

“Acik faham perasaan tu sebab acik yang 30an ni pun auto gediks dapat aiskrim mekdi…”

kanak-kanak

“Yes betul tu makanan tu macam heaven bagi para kaum hawa.”

komen

“Weyh comel betul dia nampak makanan.”

tik tok