Gelagat kucing tua lahir tahun 1999 ini buat ramai tersentuh

Gelagat kucing tua lahir tahun 1999 ini buat ramai tersentuh

Bagi yang membela kucing, pastinya mahukan kucing tersebut kekal bersama anda selama yang boleh. Namun bukannya mudah untuk memiliki kucing yang mempunyai jangka hayat yang panjang seperti yang dikongsikan pemilik ini.

Pemilik kucing iaitu Reece Alexander-Putinas ini memiliki kucing yang dilahirkan pada tahun 1999. Jika diikutkan umur manusia, ianya sudah berusia 22 tahun atau 104 tahun dalam usia kucing.

@nuckfoodle

I adore her beyond words ❤ #cat #90slily #reeceputinas #catsoftiktok #bond #catdad #furbaby

♬ original sound – Sarah Cothran

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini sering berkongsikan gelagat kucing itu yang tidak sama seperti kucing yang lain. Oleh kerana faktor usia yang sudah tua, kucing itu juga tidak mampu berjalan seperti kucing yang normal.

Namun, kucing bernama Lily itu masih lagi aktif walaupun hakikatnya fizikalnya tidak sekuat dahulu. Lebih menyentuh hati, kucing itu juga masih lagi manja dan banyak menghabiskan masa bersama pemiliknya itu.

@nuckfoodle

Unbelievable, My Girls Still Got It 🥰❤ #jump #cat #90slily #catsoftiktok #reeceputinas #catdad #cute #oldcat

♬ Can We Kiss Forever? – Kina

Antara video yang tular adalah gelagat kucing itu yang berjaya memanjat sofa tanpa bantuan dari pemiliknya itu. Walaupun sudah berusia, kucing itu dilihat masih lagi kuat untuk memanjat seperti kucing lain.

Keakraban kucing ini dan pemiliknya turut menarik perhatian ramai apabila video mereka sering menerima jutaan tontonan. Malah netizen turut mengagumi kekuatan Lily yang masih lagi kuat walaupun sudah berusia 104 tahun.

“Dia sangat cantik.”

gelagat kucing

“Selalu buat mata masuk habuk…”

kucing

“Cair hati..”

komen

“Kalau lah boleh jumpa dia.”

tik tok