Gelagat kucing pandai angguk bila diarah buat netizen geli hati

Gelagat kucing pandai angguk bila diarah buat netizen geli hati

Selain daripada kecomelan mereka, kucing juga terkenal dengan perangai nakal mereka terutamanya kucing berwarna oren atau lebih dikenali sebagai oyen. Kucing juga sering kali mengejutkan pemilik mereka dengan telatah bijak mereka sama seperti yang dikongsikan oleh pemilik kucing ini.

Gelagat seekor kucing yang bijak menganggukkan kepalanya ketika pemiliknya bercakap mencuri tumpuan ramai baru-baru ini. Malah video tersebut juga meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut sama terhibur melihatnya.

@jelibins

Diajarin sopan santun depan orang tua🤭

♬ original sound – Jelibins🐈 – Jelibins🐈

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat sedang mendengar pemiliknya membebel mengenai tingkah lakunya. Menurut pemiliknya, kucingnya itu sebelum ini tidak menegurnya semasa lalu di hadapannya.

Dia kemudiannya berseloroh meminta kucing itu untuk menegurnya dan memberi salam sekiranya terserempak dengannya lagi selepas ini. Lebih melucukan, kucing itu yang seolah-olah faham apa yang dikatakan kemudian menganggukkan kepalanya.

kucing pandai

 

Gelagatnya yang bijak mengangguk kepala ini turut membuatkan pemiliknya berdekah melihatnya. Malah kucing itu juga beberapa kali mengangguk kepalanya setiap kali ditanya oleh pemiliknya itu.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat bijak kucing itu yang seakan-akan faham dengan apa yang dikatakan. Ada juga yang turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya ini apabila dia dilihat tidak berhenti mengangguk kepala ketika ditanya.

“Kenapa aku ikut angguk-angguk.”

gelagat kucing

“Comelnya…”

kucing

“Kenapa kucing orang lain pandai macam ni.”

komen

“Kecik-kecik dah pandai, kucing apa macam ni. Takut malam-malam berubah jadi manusia.”

tik tok