Gelagat kanak-kanak yang saling berpandangan tarik perhatian ramai, “Cinta pandang pertama…”

Gelagat kanak-kanak yang saling berpandangan tarik perhatian ramai, “Cinta pandang pertama…”

Kalau bercakap tentang cinta pandang pertama, mungkin ada yang percayakannya mungkin juga ada yang tidak. Baru-baru ini pula, gelagat dua kanak-kanak yang saling berpandangan di antara satu sama lain di kedai makan menarik perhatian ramai.

Situasi itu juga turut membuatkan netizen menganggapnya sebagai kisah cinta pandang pertama memandangkan kedua-dua mereka saling tidak mengenali. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini.

@farahwaniismail

Drama spontan di kedai makan. Aduhh terhibur mama 🤣🤣🤣!!! 20tahun lagi jumpa balik ye nak oi 😂

♬ Indah Cintaku – Nicky Tirta & Rini Mentari

Di dalam video yang dikongsikan ini, ibu kepada kanak-kanak perempuan itu berkongsikan situasi lucu yang berlaku baru-baru ini. Semasa mereka sekeluarga berada di sebuah kedai makan, seorang kanak-kanak lelaki dilihat tidak henti memandang anaknya itu.

Malah anaknya juga turut sama mencuri pandang pada kanak-kanak lelaki itu yang hanya berdiri sambil memandangnya. Lebih melucukan, kanak-kanak lelaki itu kemudian hampir saja tergelincir tangannya gara-gara direnung oleh anak perempuannya ini.

kedai makan

Melihatkan pada gelagat kedua-dua mereka yang saling berpandangan ini, wanita itu turut berseloroh meminta mereka untuk kembali berjumpa semula 20 tahun lagi.

Di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat situasi yang berlaku di antara kedua-dua kanak-kanak ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kanak-kanak lelaki itu terpukau melihat kanak-kanak perempuan itu buat pertama kalinya.

“Awek baru toleh langsung tergelincir siku.”

kanak-kanak

“Dah aku pulak yang tersengih-sengih tengok video ni.”

berpandangan

“Tajuk cerita: cinta di kedai makan.”

komen

“Sampai terpeleot tangan adik tu bila si cantik toleh.”

tik tok