Gelagat comel Hayder bebel, “Papa dia pun tak nak kalah”

Gelagat comel Hayder bebel, “Papa dia pun tak nak kalah”

Anak-anak kecil kadang-kadang memang mampu membuatkan kehidupan kita lebih ceria dengan telatah mereka ini. Apatah lagi jika anak-anak ini memiliki ragam yang tersendiri. Sama seperti anak kepada pelakon dan pemain bola sepak yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq.

Hayder yang kini berusia 2 tahun adalah permata hati kepada Eyra Hazali ini memang sering mencuit hati ramai dengan gelagat comelnya. Mungkin kerana si ibunya sering berkongsikan rakaman si cilik ini.

Terbaharu satu rakaman dimuat naik menerusi satu akaun TikTok dengan nama akaun lilstic yang memaparkan gelagat comel Hayder bebel ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

@lilstic#hayderqhalish #hayder #fyp

♬ original sound – Pewpew – Pewpew

Tak padan dengan kecil lagi. Nampak garang dan comel betul! Apa-apa pun perkongsian rakaman gelagat comel Hayder bebel ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 100 ribu likes.

Rata-rata warganet turut geram menyaksikan kecomelan anak kecil ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Semua orang dituduhnya, comel!!”

Gelagat Comel Hayder Bebel 4

“Sumpah comel weh sapa dok tengok ulang2 kita geng”

Gelagat Comel Hayder Bebel 3

“Habis semua dia tuduh. Dia tak nak ngaku. Comel betull”

Gelagat Comel Hayder Bebel 2

“Papa dia pun tak nak kalah ahahaha comelnya Hayder”

Gelagat Comel Hayder Bebel 1