Gelagat budak merajuk tak nak makan, “Serius terhibur sangat, lawak la”

Gelagat budak merajuk tak nak makan, “Serius terhibur sangat, lawak la”

Telatah anak-anak kecil kadang-kadang memang menghiburkan. Mereka ini yang masih kecil terkadang banyak benda yang belum tahu dan sangat naif. Disebabkan itu benarlah orang kata anak-anak adalah penyeri rumahtangga.

Sama seperti situasi dalam satu video yang menjadi perhatian ramai ini. Dalam rakaman tersebut kelihatan tiga kanak-kanak yang sedang bersiap sedia mahu menjamah donut. Terlihat seorang kanak-kanak lelaki seperti anak sulung dan di sebelahnya seorang anak perempuan dan seorang lagi adik.

Screenshot at Sep 07 15-17-38

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kedengaran budak lelaki dalam rakaman ini teruja mahu makan donut dan berkata, “Kakak, donut ni sama gemuk macam kita”. Ibunya yang di dapur terdengar lalu tertawa kecil.

Tiba-tiba kanak-kanak ini tersentap dan merajuk. Berikut adalah rakaman budak merajuk tak nak makan yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun chadadidu:

@chadadidu

Hari tu dia cakap ummie. Hari ummie gelakkan awok! 🤣🤣🤣

♬ original sound – Nurul Syakila – Nurul Syakila

Alahai comel! Perkongsian rakaman budak merajuk tak nak makan donut ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Hahaha dia cakap sendiri pastu orang gelakkan dah majok. Hahaha comel gilee geramm nengoknye”

Budak merajuk tak nak makan 3

“Ini membuktikan kalau perempuan dapat makanan dia tak kisah dah apa yang jadi”

Budak merajuk tak nak makan 2

“Kelakar la adik ni, dia yang cakap dia yang sentap”

Budak merajuk tak nak makan 1