Gelagat ayam ajuk lelaki bertongkat berjalan, “Pandai buat lawak”

Gelagat ayam ajuk lelaki bertongkat berjalan, “Pandai buat lawak”

Menjadi salah satu sumber makanan, ayam juga menjadi pilihan untuk diternak kerana pulangan hasil yang diperolehi oleh pemiliknya. Jika di kampung-kampung, ayam dibiarkan bebas di halaman rumah dan diberikan makan makanan yang sesuai.

Walaupun begitu, siapa sangka haiwan ini juga cukup bijak bila bab mengusik manusia. Dalam perkongsian satu rakaman, dipaparkan seekor ayam sedang berjalan bersama seorang lelaki. Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila ayam ini berjalan terhencot-hencot seakan mengajuk lelaki bertongkat tersebut.

Berikut adalah perkongsian rakaman ayam ajuk lelaki bertongkat berjalan ini yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaunliaalia345:

https://vt.tiktok.com/ZSeCxSVBD/

Bukan main lagi gaya ayam ini pandai mengajuk manusia pula ya! Kan tak pasal-pasal kena rembat dengan lelaki tersebut. Nakal sungguh ayam ini. Siapalah yang mengajar haiwan ini berkelakuan sebegini kan! Apa-apa pun perkongsian rakaman ayam ajuk lelaki bertongkat berjalan ini telah meraih lebih 279 ribu tontonan dan 9040 likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Nok gurau siked pun dok olehh”

Ayam Ajuk Lelaki Bertongkat 4

“Mentang-mentang lah boss kau tu tempang. Selamba je kau menganjing dia ye”

Ayam Ajuk Lelaki Bertongkat 3

“Mungkin pernah ke tadika”

Ayam Ajuk Lelaki Bertongkat 2

“Ada yang kena masak kari lepas nie”

Ayam Ajuk Lelaki Bertongkat 1