Gadis tunang ‘online’ di kampus, takan tolong sarungkan cincin

Gadis tunang ‘online’ di kampus, takan tolong sarungkan cincin

Pertunangan adalah satu ikatan di mana pihak lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan pihak perempuan. Momen indah ini pasti dinantikan oleh ramai pasangan yang ingin disatukan dengan pasangan pilihan mereka.

Namun, lain pula yang terjadi kepada gadis ini kerana dia terpaksa bertunang secara dalam talian sahaja.

Bertunang dekat dalam kampus

Menerusi perkongsian seorang gadis yang dikenali sebagai Nurin di TikTok, dia berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan olehnya iaitu bertunang secara atas talian kerana dia berada di kampus.

Dalam pada itu, pelajar Universiti Malaysia Kelantan ini ditemani oleh rakan-rakannya sepanjang majlis pertunangan itu berlangsung sambil menjamah makanan ringan ketika keluarga kedua-dua belah pihak sedang berbincang.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan pihak lelaki menyerahkan kotak cincin pertunangan kepada keluarga belah perempuan. Lebih menarik lagi apabila rakannya yang menyarungkan cincin kepada gadis berkenaan sebagai wakil daripada pihak lelaki.

Sempoi tak majlis kami. Nasiblah masih belajar.

Terima kasih meriahkan majlis.

Video berdurasi 25 saat itu meraih lebih 298 ribu tontonan dan mendapat lebih 33 ribu tanda suka daripada pengguna di TikTok.

Kawan tolong sarungkan cincin

 

‘The real tunang masa study’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada gadis berkenaan kerana sudah bertunang. Malah ada juga di antara mereka mengatakan bahawa majlis pertunangannya adalah unik.

Sumber : tynaaazxmri