Gadis ‘geram’, mata luka & melecur gara-gara terkena bara api rokok orang lain

Gadis ‘geram’, mata luka & melecur gara-gara terkena bara api rokok orang lain

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita di Indonesia bernama Safinatun yang menjadi mangsa seorang perokok yang sedang menunggang motosikal.

Percaya atau tidak, mata Safinatun didakwa melecur gara-gara ‘dibakar’ oleh bara api dari rokok penunggang motosikal tersebut.

Menurut Indozone, tragedi pahit pada 29 Disember 2021 itu berlaku ketika dia dan sepupunya sedang dalam perjalanan membeli makanan di luar.

Namun, tiba-tiba kenderaan mereka dipintas oleh seorang penunggang motosikal yang sedang merokok ketika itu.

“Ketika itulah bara api dari rokok penunggang motosikal tersebut terkenan mata Safinatun.

“Oleh sebab matanya terasa sakit, Safinatun terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” tulis Indozone.

Jelas Safinatun, bara api rokok tersebut telah menyebabkan biji matanya melecur hingga menjejaskan daya penglihatannya.

“Untuk abang-abang yang buang bara rokok di depan motor saya tadi, baranya mantap, bang. Bola mata saya sampai melecur,” tulis Safinatun di story Instagram miliknya.

Kejadian tersebut menimbulkan kemarahannya. Justeru, Safinatun tekad berpesan kepada mana-mana penunggang motosikal lain agar tidak merokok ketika menunggang motosikal.

Bahaya Bara Rokok Jika Terkena Mata

Difahamkan, bara rokok yang masih ‘hidup’ terbakar didakwa mampu menyebabkan risiko terkena jangkitan. Selain itu, ia juga dipercayai boleh menyebabkan mata pedih dan berair.

Menurut kenyataan Indozone lagi, bara rokok yang masuk ke dalam mata akan mengakibatkan luka ringan pada mata serta kesan terbakar di bahagian bola mata dan kornea mata. Hal ini boleh menyebabkan pandangan menjadi kabur atau lebih parah boleh jadi buta.

“Jika terkena bara api rokok, dinasihatkan agar tidak terus menggosok mata kerana dikhuatiri hal yang lebih parah berlaku,” tulis Indo Zone. Demikianlah risiko yang boleh berlaku jika bara api rokok terkena mata secara langsung.

Jika mata anda terkena bara rokok, anda disarankan agar membilas mata dengan air putih bersih secara berulang kali. Namun jika tidak reda, segeralah dapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

Sumber: Indo Zone