Gadis bergambar dengan haiwan di zoo tapi lain pula yang terjadi

Gadis bergambar dengan haiwan di zoo tapi lain pula yang terjadi

Setiap kali berkunjung ke zoo, tentunya ramai yang akan merakamkan gambar atau video bersama haiwan sebagai kenangan. Namun lain pula yang berlaku pada gadis ini apabila dia hampir saja melalui pengalaman yang menakutkan semasa cuba bergambar dengan haiwan di sebuah zoo.

Gelagatnya yang gagal merakamkan gambar bersama haiwan itu turut mencuit hati netizen ditambah pula dengan reaksinya yang lucu ini. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir dua juta tontonan setakat ini.

 

 

@umaiime

Padahal cuma mau poto bareng 🥺 #fyp

♬ suara asli – udah cukup – Si bungsu

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat berada di sebuah zoo sambil cuba merakamkan gambar bersama haiwan di sana. Dia kemudiannya mula bergerak menghampiri seekor burung yang sedang bertenggek di pagar kayu itu.

Sebaik sahaja dia menghampiri haiwan itu, tidak semena-mena burung itu mula berpaling dan hampir menggigitnya. Melihatkan reaksi dari burung tersebut, gadis itu mula menjerit gara-gara terkejut dan sempat melarikan diri.

haiwan

Lebih melucukan, reaksi terkejut dengan jeritannya ini turut membuatkan ramai berdekah melihatnya. Malah jeritannya yang agak kuat itu turut membuatkan netizen yang menonton turut sama terkejut.

Meninjau di ruangan komen, reaksi terkejut dari gadis ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Ada juga yang memberitahu mujur juga gadis itu sempat mengelak dari digigit oleh haiwan itu atau sesuatu yang lebih buruk boleh berlaku.

“Maaf aku ketawa.”

gadis bergambar

“Lambat sedikit mengelak lain cerita.”

gadis

“Tak jadi nak control ayu.”

komen

“Nasib baik elak.”

tik tok