Gadis 14 tahun jadi mangsa santau sampai lumpuh, gara-gara tak puas hati sailang gelaran pelajar terbaik
Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Pratiwi Noviyanthi, seorang gadis bernama Irma dilaporkan telah mula disantau sejak berusia 14 tahun lagi. Justeru itu, tahap kesihatannya semakin merosot dan kini lumpuh seluruh badan.
Ibu bapa tak syak apa2 walaupun anak kerap mengadu sakit sehinggalah…
Menurut ibu Irma, mereka tidak mengesyaki apa-apa buruk yang terjadi terhadap anaknya itu dan hanya dihantar ke hospital apabila gadis itu mengadu sakit badan dan kurang selesa.
Namun begitu, setelah melihat keadaan anak mereka tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif barulah dibawa ke pusat perubatan Islam sebelum mengetahui hal sebenar.
Bapa dedah kawan cemburu Irma rampas gelaran pelajar terbaik sekolah
Jelas mereka, asbab anaknya menjadi mangsa santau adalah disebabkan rakan sekelasnya cemburu kerana Irma berjaya memecahkan rekod dan merampas gelaran pelajar terbaik di sekolah, lebih-lebih lagi mendapat tempat nombor satu.
“Irma tak suka makan ikan dan daging. Saya ingat kesihatan dia terjejas kerana kurang nutrisi.
“Sebelum ini, Irma cuma mendapat nombor 3 atau 4 sahaja. Tapi, dia belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya mendapat nombor 1. Tapi, rakannya kurang senang,”ujar Ibu Irma.
Tak boleh dengar ayat suci al-Quran, Irma sedih rakan tergamak hantar santau
Dalam masa yang sama, bapa Irma memberitahu anaknya itu tidak boleh mendengar alunan ayat suci al-Quran selain mempunyai lima penunggu di dalam badannya.
Sedih dengan nasib yang menimpa dirinya, Irma meluahkan kehairanan apabila rakan sekelasnya tergamak menghantar santau sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.
“Saya tak ada salah apa-apa pun. Kenapa awak buat saya macam ni? Saya nak jadi cantik macam dulu,”rintih Irma apabila mengenangkan nasibnya kini.
Berkat ibu bapa Irma membawa anak gadis mereka dirawat oleh pusat perubatan Islam, alhamdulillah keadaannya semakin pulih berbanding dahulu.
Sumber: Facebook Pratiwi Noviyanthi