Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, di Kabupaten Madiun, Jawa Timur mendakwa telah ‘dirogol’ makhluk halus hingga menyebabkan dia melahirkan seorang bayi.
Keluarga tampil buat laporan polis
Menerusi laporan yang dipetik daripada Suara.com, ahli keluarga remaja ini membuat laporan polis bagi menjelaskan bayi yang baru sahaja dilahirkan itu tidak mempunyai bapa dan mendakwa gadis ini telah dihamilkan oleh makhluk halus. Namun, pihak polis mengesyaki ia adalah cubaan bagi menutup sumbang mahram yang telah berlaku dalam keluarga itu.
Ketika siasatan dijalankan, nenek mangsa memberitahu cucunya hamil kerana ‘dirogol’ makhluk halus di pinggir kampung ketika bermain di situ.
Ujar Ketua Siasatan Jenayah Madiun, Asisten Komisioner Ryan Wira Raja Pratama mangsa turut tampil memberikan keterangan namun, pihak polis merasakan terdapat sesuatu yang bercanggah dengan kenyataan yang diberi.
Namun begitu, polis dapat mengesan beberapa fakta kurang tepat dalam keterangan keluarga ini. Kami juga telah mengambil tiga sampel asid deoksiribonukleik (DNA) iaitu bayi, bapa tiri dan bapa kandung remaja tersebut.
Bayi yang berusia sebulan dilahirkan remaja ini, dilaporkan berada dalam keadaan yang baik.
Sumber: Suara.com