Foto perut buncit Bunga Citra Lestari jadi bualan netizen, nama Aeril Noah kena petik

Foto perut buncit Bunga Citra Lestari jadi bualan netizen, nama Aeril Noah kena petik

NAMA penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen di Indonesia gara-gara perutnya kelihatan buncit.

Memetik laporan Insertliveramai membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil ekoran perutnya jelas kelihatan besar ketika mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar leging.

Gambar BCL dirakam ketika penyanyi itu sedang menjalani sesi pemeriksaan suara di sebuah konsert di Medan, Sumatera Barat.

Perut buncit BCL jadi bualan netizen.

Lebih hangat, ada segelintir percaya BCL sedang hamil dan mengaitkan nama vokalis kumpulan Noah iaitu Aeril yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan penyanyi tersebut.

“Semakin besar perut BCL. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi,” komen netizen.

Bagaimanapun, ada mendakwa bentuk perut penyanyi berkenaan sememangnya sedikit buncit dan ramai menyangkal BCL sedang hamil.

“Perut aku pun akan buncit kalau banyak makan. Perut dia memang macam itu daripada dulu lagi.

“Mungkin dia sedang bahagia dan banyak makan… tak salah pun perut buncit,” komen netizen lagi.