Filem 35MM Syahmi Sazli pecah rekod, “sebanyak RM300,00..”

Filem 35MM Syahmi Sazli pecah rekod, “sebanyak RM300,00..”

 

 

 

 

 

Jika filem pertama Youtuber dan pengarah terkenal berjudul Mael Totey The Movie Syahmi Sazli berjaya mendapat sambutan hebat ramai, nampaknya filem keduanya juga tidak mengecewakan buat peminat dan penonton filem tempatan.

Poster Rasmi Mael Totey The Movie
Poster Rasmi Mael Totey The Movie

Baru sahaja melancarkan filem kedua, Syahmi Sazli sekali lagi menjadi bualan ramai. Walau bagaimanapun, kongsi dirinya kepada umum juga apabila dia meluahkan rasa syukur kerana filem tersebut berjaya mendapat kutipan tertinggi.

Meskipun di hari pertama tayangan, filem kedua Syahmi Sazli yang dibintangi juga oleh dirinya bersama Yoe Parey dan Asif Suhaimi serta ramai lagi ini mendapat kutipan tertinggi sebanyak RM300,000.

“Alhamdulillah! Filem 35MM berjaya memecah rekod dengan mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan untuk tahun 2022, sebanyak RM300,000! Terima kasih atas sokongan anda semua. Jangan lupa langgan 35MM di Astro First saluran 480,” ujar Syahmi Sazli di ruangan kapsyen.

 

 

Perkongsian Syahmi Sazli di Instagram peribadinya itu telah mendapat pelbagai komen ramai yang turut mengucapkan tahniah buat filem keduanya yang ditayangkan bermula 21 Jun lalu.

“Tahniah mie, rezeki anak nombor 2 tu…”

Syahmi

“Next filem please colab dengan Sofyank, buat macam Marvel gitu…”

IMG_20220622_194711

“Memang rezeki tak salah pintu…”

SyahmiIMG_20220622_194842

“Dah 4 kali tengok, tak puas-puas”

IMG_20220622_194855

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut: