Tiga bulan tak beraksi atas padang, rupanya Faisal Halim dah ada hobi baru

Tiga bulan tak beraksi atas padang, rupanya Faisal Halim dah ada hobi baru

 

Selepas tiga bulan tidak beraksi di atas padang, Faisal Halim nampaknya sudah mula menceburi hobi baharu.

Bintang Selangor itu nampaknya sedang menghabiskan masanya dengan hobi memancing.

Dalam satu video tular memetik laporan StadiumAstro, memaparkan Faisal sedang ‘strike’ selepas umpan terkena seekor ikan.

Selepas berjaya memperoleh ikan Jenahak, dia sempat berkongsikan perasaannya, dia berkata, “Fuh seronok.”

Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru? | Astro Awani

Faisal ketika ini sedang dalam fasa pemulihan daripada kecederaan akibat disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali, 5 Mei lalu.

Kali terakhir pemain sayap lincah itu bersama skuad negara adalah pada Mac tahun ini ketika bersaing dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.