Failkan di mahkamah sejak jun, Mizz Nina & Noh Salleh bercerai talak 1?

Failkan di mahkamah sejak jun, Mizz Nina & Noh Salleh bercerai talak 1?

 

Seperti diketahui umum, Noh Hujan pernah menafikan desas-desus tentang keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial sekitar bulan lalu. Ketika soalan ‘panas’ itu diajukan kepadanya, penyanyi berusia 37 tahun berkenaan sebaliknya mengatakan ia hanyalah gosip hiburan semata-mata.

 

@kosmoonline

Penyanyi Noh Salleh mengulaS berhubung spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina yang hangat diperkatakan di sebuah laman sembang sebagai berita palsu.beritatiktok newstrending

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!

Mizz Nina juga pernah curi perhatian…bagi hint melalui hantaran Instagram

Selang beberapa hari berikutnya pula, salah satu hantaran di laman Instagram isterinya pula menjadi perbualan hangat peminat pasangan tersebut. Walaupun tidak menulis sebarang perkara di ruangan kapsyen, mereka berpendapat bahawa Mizz Nina, atau nama sebenarnya Shazrina Azman seolah-olah memberi bayangan sedang melalui saat-saat sukar sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

 

 

Pernah Failkan Di Mahkamah Sejak Jun, Mizz Nina & Noh Kini Berpisah Talak 1?

Noh Hujan & Mizz Nina dah berpisah talak satu semalam?

Tiada angin tiada ribut, pasangan selebriti tersebut dikatakan sudah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pula semalam. Bahkan sumber Harian Metro turut mendakwa, mereka terlebih dulu memfailkan perpisahan pada 14 Jun lalu di bawah kod 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah. Terdahulu seorang pelayar Twitter turut membuat ciapan mengenai perkara itu, sebelum memberi ‘hint’ identiti mereka apabila ditanya netizen lain.

Pernah Failkan Di Mahkamah Sejak Jun, Mizz Nina & Noh Kini Berpisah Talak 1?

Mizz Nina masih kunci mulut mengenai spekulasi rumah tangga bergolak

Sementara itu, cubaan pihak media bagi mendapatkan kenyataan daripada pihak Mizz Nina tidak berjaya. Walaupun dia masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumah tangga dengan Noh Hujan, tetapi rata-rata peminat tetap menitipkan doa yang terbaik. Untuk rekod, kedua-dua penyanyi ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Malah sekitar April lepas, mereka telah mengambil seorang anak angkat bernama Musa bagi melengkapkan mahligai perkahwinan yang belum ada rezeki zuriat.

Pernah Failkan Di Mahkamah Sejak Jun, Mizz Nina & Noh Kini Berpisah Talak 1?

Kredit : Harian Metro