Emma Maembong menangis & teruja dengar anak pandai sebut ‘mama’

Emma Maembong menangis & teruja dengar anak pandai sebut ‘mama’

Pelakon popular, Emma Maembong meluahkan rasa teruja apabila anak sulungnya Shariq Arshan Gabriel sudah pandai menyebut perkataan ‘mama’ dengan jelas.

Menerusi perkongsian satu video di laman Instagram, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengakui terharu dengan ‘pencapaian’ bayinya yang berusia 11 bulan itu setelah sekian lama menunggu.

 

“Tengah kerja semalam tiba2 pembantu rumah hantar video.  First time @shariqgabriel sebut mama dengan betul. Selama ni mamama biasa je.
“Allah sampai menangis dengar. Baru faham perasaan mak teruja macam mana bila anak dia mula bercakap. Anak pertama biasa la emo lebih sikit and anak saya dah 11 bulan. Cepat je rasa dah besar,” tulis pelakon berusia 29 tahun itu.

 

Posting tersebut menerima komen rakan artis dan peminatnya yang turut berkongsi rasa teruja mereka selain memuji kecomelan Arshan yang memiliki wajah kacukan mat salih.

Cepatnya dia pandai cakap

Nanti boleh minta nak adik…

 

Comel, bijaknya dia!

Emma mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata lelaki itu pada 8 November tahun lalu.

Sumber: Instagram Emma Maembong