Ebit Lew turut bantu ibu lumpuh lepas viral

Ebit Lew turut bantu ibu lumpuh lepas viral

“Saya berada dalam keadaan sangat terdesak, lama tunggu permohonan untuk diluluskan.” Begitulah antara rintihan Diwiyana Mohammed yang tular di aplikasi TikTok beberapa hari lepas, semata-mata demi kelangsungan hidup keluarga serta ibunya yang terlantar lumpuh. Penangan ‘kuasa viral‘, mereka akhirnya terima banyak bantuan serta perhatian termasuklah daripada pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew.

 

Kawan kata hanya 1 je benda boleh tolong…sama ada viralkan atau pergi rumah ibadat penganut Kristian

Terdahulu, wang simpanan keluarga mereka telah habis sekali gus tidak mampu untuk beli lampin pakai buang ibunya. Memandangkan adik-beradik lain juga tidak berkemampuan, maka salah seorang rakan memberi 2 cadangan kepada Diwiyana sama ada tularkan situasi keluarganya ataupun tebalkan muka minta sumbangan bantuan daripada pihak rumah ibadat penganut Kristian.

Lepas Viral Ebit Lew Pun Bantu Ibu Lumpuh, Wanita Tiada Niat Timbulkan Kecoh

Terdesak sampai pecahkan tabung anak…akui tiada niat timbulkan kekecohan atau sentuh sensitiviti agama

Ketika ditemui media, ibu kepada 6 orang anak itu bagaimanapun akui dirinya langsung tiada motif untuk menimbulkan kekecohan apalagi menyentuh sensitiviti agama. Sebaliknya Diwiyana cuma terdesak, malah 2 minggu lalu dia terpaksa pecahkan tabung duit syiling anak dan dapat sekitar RM16 saja.

Lepas Viral Ebit Lew Pun Bantu Ibu Lumpuh, Wanita Tiada Niat Timbulkan Kecoh

Kelemahan sistem diakui penyebab permohonan bantuan lambat diluluskan

Hasil pemeriksaan pihak berwajib pula mendapati kelemahan sistem menjadi punca permohonan lewat untuk diluluskan. Hal ini kerana nama Diwiyana didapati masih berdaftar sebagai klien JKM Wilayah Persekutuan dan bukannya JKM negeri Perak. Sebelum ini, Diwiyana bersama ibu, suami serta 6 anak mereka tinggal di Cheras sebelum berpindah ke Sungai Manik kira-kira 2 tahun lalu. Bagaimanapun, isu tersebut sudah diselesaikan dan mereka bakal terima bantuan bulanan bermula Mac nanti.