Dulu terima Anugerah Naib Canselor, kini wajah Mek Yun terpampang pada billbord UTHM

Dulu terima Anugerah Naib Canselor, kini wajah Mek Yun terpampang pada billbord UTHM

Mekyun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee merupakan seorang pempengaruh yang cukup popular dalam kalangan warganet di Malaysia. Keletahnya sebagai gadis berbangsa cina yang fasih berbicara dalam dialek negeri Kelantan mencuit hati sesiapa sahaja menonton kandungan yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Merupakan graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), gadis berusia 25 tahun ini ialah bekas pelajar dalam jurusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.

Dulu Terima Anugerah Naib Canselor, Kini Dipilih Hiasi Billboard UTHM. Mekyun Lambang Gadis Cemerlang

Cemerlang sepanjang penganjiannya, Mekyun merupakan graduan kelas pertama dan penerima Anugerah Naib Canselor di pengajian peringkat diploma. Mengulangi kecemerlangan, dia turut mencapai keputusan kelas pertama dan turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor serta Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Baru-baru ini mencipta satu lagi sejarah untuk dirinya. Mekyun telah dipilih untuk menghiasi papan iklan gergasi UTHM di bahagian pintu masuk universiti tersebut. Bukan calang-calang bekas pelajar boleh terpilih, dia ternyata menjadi antara alumni universiti tersebut yang memberikan contoh baik.

Dulu Terima Anugerah Naib Canselor, Kini Dipilih Hiasi Billboard UTHM. Mekyun Lambang Gadis Cemerlang
Mekyun bersama ibu,ayah dan adik beradiknya di hadapan papan iklan gergasi UTHM.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Mekyun berkongsi sebuah video kegembiraan saat dia bersama keluarganya melawat universiti tersebut. Ujarnya, “Another milestone untuk Mekyun! Mekyun masuk billboard universiti Mekyun gais!!! I’m so proud & honoured to be featured in my uni’s billboard!! Thank you UTHM.  Still tengah cubit diri sendiri! Korang dah tengok belum billboard ni?”

Tidak melepaskan peluang bergambar dengan papan iklan tersebut, Mekyun yang cantik berbaju putih dan berseluar palazzo dilihat tersenyum lebar.

Dalam satu hantaran lain pula, dia menambah lagi, “Still tak percaya Mekyun masuk billboard besar ni! So proud of my dear self, achievements and how far I’ve comeThis goes out to my family, friends and korang semua. Mekyun sayang sangat dekat korang tau.”

Dulu Terima Anugerah Naib Canselor, Kini Dipilih Hiasi Billboard UTHM. Mekyun Lambang Gadis Cemerlang

Walaupun popular di media sosial dan berkerjasama dengan pelbagai jenama, gadis Kelantan ini memilih untuk melakar kerjaya profesionalnya dalam dunia korporat. Sejak Mei 2022, dia bergelar Growth Executive di Teleport by AirAsia. Syarikat tersebut merupakan satu cabang peniagaan AirAsia dalam bidang logistik.

Sumber dan kredit foto: Instagram Mekyun