“Drama pedofila apa pula ni?” baru 14 tahun, Qistina Raisah bercinta dengan lelaki lebih berusia?

“Drama pedofila apa pula ni?” baru 14 tahun, Qistina Raisah bercinta dengan lelaki lebih berusia?

Tidak dapat dinafikan, nama pelakon remaja, Qistina Raisah pernah menjadi bualan netizen sebelum ini gara-gara penampilannya yang begitu seksi sehingga mencetuskan kritikan dan kecaman orang ramai.

Pun begitu, baru-baru ini, pelakon yang berusia 14 tahun itu sekali lagi menjadi topik hangat netizen dimana dia telah menjalin hubungan percintaan bersama seorang lelaki yang lebih berusi daripadanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Qistina di laman Instagramnya, dia telah mendedahkan wajah lelaki itu tanpa sebarang kapsyen melainkan hanya emoji hati.

 

 

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dan terkejut Qistina yang masih muda sudah menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki yang berusia.

Malah, netizen berpendapat supaya lebih baik Qistina memberi fokus terhadap pembelajaran sepenuhnya berbanding dia menghabiskan masa dengan perkara yang belum pasti dan sia-sia.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen mendakwa umur pasangan Qistina adalah 17 atau 21 tahun namun, setakat ini spekulasi tersebut masih tidak dapat disahkan lagi.

Tak sesuai lah, Qistina masih budak lagi!

Malah, perkara ini juga hangat diperkatakan di Twitter dimana mereka mengatakan lelaki tersebut tidak sesuai dengan pelakon remaja itu memandangkan Qistina masih bersekolah.

Sumber: Instagram @qistinaraisah08, Twitter @kh4iilv