“Drama bethol budak ni..” Si kecik tersangkut bawah meja bikin terhibur
Telatah anak kecil memang ada kalanya menghiburkan orang dewasa. Pada waktu inilah, anak kecil banyak mencuba macam-macam perkara baru. Sama seperti situasi yang dikongsikan ibu ini tentang ragam anaknya yang tersangkut di bawah meja.
Mungkin kerana sedang asyik bermain seorang diri, anaknya itu tidak sedar dirinya berada di situ. Lebih menghiburkan, reaksinya yang menangis dek kerana terlalu cuak apabila mendapati dirinya ‘tersangkut’ di bawah meja.
@ndibsy Hahahaha ummi mampu gelak je 🤣🤣
Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat anak kecil itu berada di bawah meja di mana ayahnya sedang melakukan kerja. Dia kemudiannya menangis sebaik saja sedar dirinya kononnya tersangkut di bawah meja dan tidak dapat keluar.
Si ayah kemudian memintanya untuk menundukkan kepalanya untuk keluar namun tidak difahami oleh anak kecil itu. Ragam anak kecil ini turut memmbuatkan si ibu ketawa besar apabila melihat reaksi cuak anaknya itu.
Dia akhirnya berjaya dikeluarkan dari bawah meja dan diangkat oleh ayahnya. Bukan saja kedua ibu bapanya, netizen juga turut sama terhibur dengan kejadian yang menimpa anak kecil ini.
Ramai yang menyifatkan kanak-kanak biasanya memang terkenal dengan ‘drama’ mereka jika berada dalam kesusahan. Ada juga yang berseloroh meja tersebut boleh menjadi perangkap untuk kanak-kanak yang nakal selepas ini.