Drama air mata Jebat Jayden curi tumpuan, “Ingat girl je ke marah masa lapar”

Drama air mata Jebat Jayden curi tumpuan, “Ingat girl je ke marah masa lapar”

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencuri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa yang rajin mengusik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan oleh Sharnaaz Ahmad di Instagram miliknya.

 

Dalam perkongsian kali ini kelihatan Jebat Jayden agak sedih. Anak kecil ini nampaknya sedang duduk di hujung papan gelongsor. Turut kedengaran suara Sharnaaz yang bertanyakan kepada Jebat mengapa sedih. Jawapan anak kecil ini alahai, lapar rupanya! Berikut adalah rakaman drama air mata Jebat Jayden yang telah dimuat naik di Instagram Sharnaaz Ahmad baru-baru ini:

 

Comel betullah anak kecil ini! Perkongsian drama air mata Jebat Jayden ini telah meraih lebih setengah juta tontonan dan 95 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Ingat pempuan je ke marah masa lapar??”

Drama Air mata Jebat 3

“Comelnya anak Mamu…Tembam pipi tu”

Drama Air mata Jebat 2

“Lapar tak terkata..ayaq mata turun dulu…Ayam bakar akan diusahakan”

Drama Air mata Jebat 1