Dr Amalina selamat bersalin, dedah wajah & nama anak

Dr Amalina selamat bersalin, dedah wajah & nama anak

Dalam diam-diam, pakar bedah warga Malaysia iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulungnya di Hospital St Thomas’, London pada minggu lalu.

Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping foto bersama bayi tersebut hari ini.

 

 

Serentak dengan itu, beliau sekali gus mendedahkan wajah serta nama puteri kesayangannya iaitu Arabella Mia yang sudah tentu menjadi pilihan bersama suami.

Pempengaruh media sosial berusia 35 tahun itu berkata, dia dan suaminya Alexander Charles meluahkan kesyukuran atas kehadiran zuriat penuh bermakna itu.

 

 

“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lalu di Hospital St. Thomas.
“Kami menyayangi dan menghargai setiap saat bersama bayi kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa menunggu kami pada masa akan datang. Ahamdulillah,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada Dr Amalina dan suami atas kelahiran cahaya mata itu serta mendoakan yang baik-baik buat bayi berkenaan.

Tahniah Dr! Harap semua sihat

Alhamdulillah.. comelnya dia!

Nama pun indah, selamat datang Arabella Mia

Untuk rekod, Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris itu di Masjid Central London pada April tahun lalu.

 

Sumber: Instagram Dr Amalina