Doktor Hanafi penah viral curang, kini didakwa penjarakan bekas isteri pula?

Doktor Hanafi penah viral curang, kini didakwa penjarakan bekas isteri pula?

 

Pada Disember tahun lalu, kecoh di media sosial tentang berita kecurangan seorang doktor yang ditangkap curang dengan staf pembantu perawatan kesihatan (PPK). Video kecurangan itu juga dirakamkan sendiri oleh isteri penjawat awam itu yang juga merupakan seorang doktor.

Doktor wanita terbabit telah menerjah ke rumahnya dan mendapati suaminya dan staf PPK  tersebut berdua-duaan di dalam rumah sebelum lelaki itu melafazkan lafaz cerai terhadapnya. Baru-baru ini pula, tular satu hantaran di Twitter yang berkongsikan perkembangan terkini pasangan tersebut yang mengejutkan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, pemilik akaun Twitter itu berkongsikan beberapa screenshot daripada saudara Dr. Najihah yang merupakan bekas isteri lelaki terbabit. Menurutnya, pihak mahkamah syariah seolah-olah tidak berlaku adil terhadap wanita itu dan lebih memihak kepada doktor lelaki tersebut dalam hal ini.

doktor

Isu ini tercetus apabila ianya melibatkan hak penjagaan anak mereka di mana pada satu hari anak mereka dijangkiti HFMD dan COVID-19. Berikutan itu, Dr. Najihah tidak membenarkan bekas suaminya untuk melawat kerana perlu dikuarantin dan boleh berjangkit.

curang

Tetapi doktor lelaki itu kemudian memutar belit cerita dan memberitahu mahkamah syariah untuk memasukkan bekas isterinya ke dalam penjara kerana telah melanggar perintah mahkamah membabitkan hal melawat. Malah hakim mahkamah dikatakan menolak tepi alasan kanak-kanak itu dalam keadaan yang sakit.

Tidak cukup dengan itu, hakim juga didakwa bertanyakan kepada doktor lelaki itu tentang hukuman apakah yang dimahukan terhadap bekas isterinya. Perkongsian di Twitter ini turut mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka nasib wanita itu tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya selepas apa yang berlaku.

Malah ada juga netizen yang mengkritik Mahkamah Syariah yang tidak dapat memberikan pembelaan kepada wanita itu dan dilihat berat sebelah dalam menangani isu tersebut.

SUMBERTWITTER