Doktor beri amaran, ‘trend’ kumpul ujian RTK Covid-19 dah digunakan demi seni walaupun negatif.
Macam-macam benda boleh jadi ikutan atau trend pada zaman ini. Lagilah kalau benda tu dipromosikan atau dilakukan oleh individu terkenal, mesti ramai nanti yang akan ikut serta buat benda sama.
Walaupun tak dinafikan ada sesetengah trend ini menarik dan boleh menambah ilmu pengetahuan, ada juga beberapa trend yang diwujudkan ini yang buat sesetengah orang tak boleh ‘brain’. Pada korang,
trend apa yang korang rasa agak pelik?
Baru-baru ini, muncul satu trend pelik di media sosial Thailand dimana ada segelintir orang yang menghasilkan seni dengan menggunakan ujian RTK COVID-19 yang telah digunakan.
Tak dipastikan bagaimana trend ini mula tersebar atau siapakah yang memulakannya, trend ini selalunya memerlukan seseorang itu mengumpul ujian RTK COVID-19 yang sudah digunakan sebelum menyusunnya dalam bingkai gambar untuk dipamerkan.
Mengulas tentang isu terbabit di laman sosial Facebook, Dr Pakpoom Deschhatsadin menggesa orang ramai agar tidak mengikut trend terbabit kerana semua ujian RTK COVID-19 yang telah digunakan jatuh kategori sampah perubatan dan perlu dilupuskan dengan berhati-hati.
“Tak kisahlah ujian RTK tunjuk dua garisan atau satu, ia masih dianggap tercemar kerana ada bendalir seperti air liur padanya yang boleh mendatangkan penyakit lain selain COVID-19,” katanya.
“Bila ketagih perhatian di media sosial macam nilah, benda tak elok pun nak ikut” – netizen
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian doktor itu sudah menerima 43 ribu tanda suka daripada pengguna media sosial lain. Rata-ratanya garu kepala dengan trend terbabit dan menyifatkannya ia sebagai perkara yang sepatutnya semua orang sudah tahu ia tak patut diwujudkan. Tak kurang juga ada yang memerli mereka yang ikut trend terbabit.
“Mesti yang ikut trend ni fikir kuman kan sementara je tapi asil seni ni akan kekal selamanya,” tulis netizen lain.
“Kalau nak simpan sebagai koleksi, ambil gambar jelah lepas dah buat test, lepas tu post kat FB ke atau nak share kat famiy sendiri. Tak perlulah buat bingkai bagai,” kata yang lain pula.