“Doakan anak kami sihat” – Suami isteri baru tahu rupanya pembawa Talasemia

“Doakan anak kami sihat” – Suami isteri baru tahu rupanya pembawa Talasemia

Baru-baru ini, video tentang Talasemia kerap tular di media sosial. Tidak ketinggalan, seorang pengguna turut berkongsi kisah dukanya yang di muat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Anis Nur Elyani berkata, ketika dia sedang mengandung, dia kerap mengalami Hb (hemoglobin) rendah.

Rupa-rupanya, doktor telah mengesahkan bahawa dia dan suami merupakan pembawa Talasemia.

baby

 

Sebelum kahwin, kami langsung tak pernah tahu kami berdua pembawa Talasemia.

Menurut Anis, sebagai seorang ibu yang sudah berkorban nyawa melahirkan anak, sudah pasti dia begitu risau memikirkan kesihatan anaknya dalam jangka masa panjang.

Doktor kata kena tunggu umur baby 6 bulan ke atas untuk tahu keadaan Talasemia.

https://vt.tiktok.com/ZSeCMQCuH/

Anis memaklumkan anaknya itu berada dalam keadaan baik. Namun, masih belum mengetahui tentang perkembangan sebenar mengenai risiko mewarisi Talasemia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi kata-kata semangat dan respon positif, malah mendoakan bayi berusia 3 bulan itu terus diberikan kesihatan yang baik.

“Semoga baby sentiasa sihat. Semua ni hanya kuasa tuhan. Saya dan husband pun pembawa Thalasemia. Semoga anak-anak sihat sahaja” tulis seorang pengguna TikTok.