Dituduh pukul suami dengan dumbbell sebab curang, isteri pelakon buka mulut

Dituduh pukul suami dengan dumbbell sebab curang, isteri pelakon buka mulut

Sebelum ini, nama pasangan selebriti Indonesia iaitu Dhena Devanka dan suami, Jonathan Frizzy telah menjadi bualan hangat netizen selepas wanita itu membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya dikasari oleh si suami.

Namun tidak lama selepas itu, Jonathan Frizzy telah tampil dan membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa bahawa dirinya yang sebenarnya ‘ditibai’ dengan besi dumbbbell secara berulang kali oleh si isteri.

Kena pukul dengan dumbbell?

Isu keganasan rumah tangga pasangan ini sekali lagi menjadi pertikaian selepas bapa saudara Jonathan iaitu Benny Simanjuntak memuat naik beberapa foto dari rakaman CCTV yang memaparkan Dhena Devanka mendekati Jonathan Frizzy sambil ditangannya membawa satu dumbbell. Lebih mengejutkan apabila Dhena dipercayai bertindak di luar kawalan dengan memukul suaminya berkali-kali menggunakan alatan tersebut. Meskipun dikasari, Jonathan dikatakan langsung tidak melawan.

Betapa anak saya diam tidak melawan saat dipukul, walau dengan alasan curang yang tidak boleh dibuktikan, Seharusnya memperbaiki diri dan berbuat baik terhadap suami. Suami menderita diperlakukan sebagai binatang.

Dakwa Benny, Dhena bertindak sedemikian kerana berang Jonathan berlaku curang sedangkan tiada sebarang bukti menunjukkan suaminya itu curang. Insiden ini secara tidak langsung membuatkan ahli keluarga berasa terkilan dan mengharapkan agar pasangan ini dapat berpisah secara baik.

Benny Simanjuntak juga mendakwa kasihan melihat keadaan anak saudaranya itu. Dakwa Benny lagi, dia tidak mahu orang ramai menyalah anggap dan menuduh Jonathan seorang suami yang sering menyakiti si isteri. Sementara itu, Benny juga ada memuat naik satu foto kesan luka pada wajah Jonathan untuk dijadikan sebagai bahan bukti bahawa anak saudaranya itu adalah mangsa keganasan rumah tangga.

Ugut nak sebar video?

Tidak berakhir di situ, Dhena kemudian tampil menafikan kenyataan yang dikeluarkan Benny. Ibu kepada tiga anak ini mengaku langsung tidak memukul atau mengasari Jonathan sebaliknya dia hanya memegang sahaja dumbbell tersebut. Jelasnya lagi, dia masih waras dan tidak tergamak melakukan perbuatan kejam itu.

Itu video bulan Mac 2019. Soal dumbbell itu saya hanya pegang, tapi tak memukulnya. Kalau pukul, dah hancur mukanya.

Dhena turut mendakwa bahawa tindakannya itu tidak setanding dengan apa yang dilakukan Jonathan ke atas dirinya. Malah, dia juga sempat mengugut mahu menyebarkan video perbuatan ‘kejam’ Jonathan. Sementara itu, Dhena mengakui selama ini dia cuba menutupi segala keburukan dan aib suaminya tetapi kini tidak lagi.

Apa orang ramai perlu tahu, situasi yang sebenarnya, apa yang saya alami selama ini, tindakan yang selama ini kamu lakukan pada saya?

Kamu sungguh suami hebat luar biasa! Apa salah saya sampai dipermalukan sebegini.

Difahamkan, Dhena sudah memfailkan penceraian pada 30 Ogos lalu dan isu berhubung keganasan rumah tangga pasangan ini masih lagi dalam siasatan.

Sumber: TribunnewsBenny Simanjuntak