Dirai dengan alunan selawat, ramai puji resepsi tema Bollywood Heliza & DS Mahadi

Dirai dengan alunan selawat, ramai puji resepsi tema Bollywood Heliza & DS Mahadi

Selepas beberapa minggu bergelar pasangan suami isteri, Datin Seri Heliza Helmi dan suaminya, Datuk Seri Mahadi BZ sekali lagi menjayakan majlis resepsi bagi sebelah pihak lelaki di Penang pula.

Memukau dengan tema Bollywood

Video pengantin yang bersiap untuk majlis resepsi dan ketika berjalan ke pelaminan telah dikongsikan seorang pereka fesyen Tanah Air di aplikasi media sosialnya.

Menerusi perkongsian dari Eja Shahril, dapat dilihat  Heliza dan DS Mahadi sangat sepadan dengan busana bewarna merah bertemakan Bollywood.

https://vt.tiktok.com/ZSe4v13UR/

https://vt.tiktok.com/ZSe4vNkFh/

Penampilan Heliza yang sederhana namun penuh aura ini telah mendapat pujian ramai berikutan terlihat sangat berbeza memandangkan aktivis kemanusiaan itu jarang menggayakan busana seperti itu.

https://vt.tiktok.com/ZSe47oLxd/

Diraikan dengan alunan selawat

Walau bagaimanapun, pasangan tersebut tetap diraikan dengan alunan selawat ke atas nabi ketika memasuki dewan dan suasana sangat tenang dengan kehadiran kenalan serta ahli keluarga terdekat.

Penampilan mereka yang tetap sopan serta tidak berlebihan tetap menjadi tumpuan walaupun tidak memakai perhiasan atau aksesori yang keterlaluan.

 

 

Boleh je tema Bollywood, aksesori pun tak berlebihan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata telah meninggalkan komen positif melihat daripada penampilan Heliza serta suaminya apabila menggayakan tema Bollywood tanpa perlu berlebihan seperti yang pernah kita lihat.

Yang penting aurat tetap terjaga

Tak payah make up pun dah memang cantik

Berseri-seri wajah pengantin

 

Sumber: TikTok @ejashahril, Instagram khaledazakaria, farahhh.96