Dikecam netizen akibat sebar berita palsu vaksin, seorang wanita tampil mohon maaf
Tindakkan seorang wanita yang menyebarkan berita palsu tentang Vaksin di Malaysia melalui laman Instagramnya menerima padah apabila dia dikecam netizen oleh sebab terlalu mempercayai kata-kata ‘orang lain’ yang percaya Vaksin mampu menyebabkan kematian.
Tangkap layar yang dimuat naik menunjukkan bahawa wanita terbabit mengajak pengikut-pengikutnya di Instagram untuk tidak mengambil vaksin kerana mendengar keburukan dos tersebut daripada seorang doktor pakar.
Saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu saja. Jujur kata, saya bukan jenis yang suka buat kajian. Saya hanya sampaikan apa yang saya tahu dari ibu saya dan juga majikan ibu saya yang merupakan doktor pakar.
Wanita terbabit juga memberikan kenyataan palsu berkenaan Vaksin AstraVeneca, kononnya vaksin terbabit mampu menyebabkan darah beku di jantung selain turut mengaitkan kematian arwah Haziq tentang pengambilan vaksin terbabit.
Disebabkan kenyataan itu, seorang pengguna laman Twitter bernama @Nadhh11, berang dengan tuduhan tersebut selain turut mengajak wanita terbabit untuk berdebat, tetapi dengan menggunakan fakta dan bukannya mendengar dari kata orang lain.
Awak ada hujah, jadi mari berdebat. Sebelum itu pastikan hujah awak tidak bermula dengan ‘ada orang kata’ atau ‘ada orang cakap’. Tunjukkan fakta dan statistik tentang perkara yang awak kata itu.
Akibat kecaman yang diterimanya di media sosial, wanita terbabit tampil memohon maaf melalui kenyataan di laman Instagram berkaitan isu menyebarkan keburukkan pengambilan vaksin tersebut.
Kredit: Kosmo!