“Dia cekik & pukul anak” Angelina Jolie dedah Brad Pitt panas baran, kaki dera
Pelakon antarabangsa Hollywood iaitu Angelina Jolie mencuri perhatian peminat selepas memfailkan aduan terhadap bekas suaminya, Brad Pitt. Menurut Angelina Jolie, bekas suaminya itu seorang ‘kaki dera’ bukan saja pada dirinya malah kepada anak-anak mereka juga.
Berlaku dalam ‘private plane’ pada 2016
Pelakon filem Mr. & Mrs. Smith itu membuat kenyataan di dalam mahkamah dengan mengatakan kejadian itu berlaku sekitar tahun 2016 sewaktu mereka sekeluarga berada dalam pesawat peribadi ketika dalam perjalanan dari Perancis ke California.
Dalam kenyataan sama yang dibuat pada Selasa, Pitt dikatakan bertindak dengan mencekik seorang anaknya dan memukul seorang lagi di bahagian muka selain dari memegang kepala Jolie dan menggoncangnya.
Dia juga dah tumpahkan bir ke atas Jolie dengan sengaja dan tuang wain merah ke atas salah seorang anaknya waktu itu.
Jadi punca cerai
Malah, Jolie yang merupakan salah seorang pelakon Hollywood dengan bayaran termahal memberitahu disebabkan kejadian gelap yang menimpa dirinya dan anak-anak menjadikan ianya salah satu punca utama penceraian mereka berlaku pada September 2016.
Sebagai rekod, hak penjagaan keenam-enam anak mereka telah diberikan kepada Pitt dan Jolie oleh pihak mahkamah pada tahun lalu.
Sumber: The New York Times