Detik-detik banjir lumpur deras akibat tanah runtuh & hujan lebat, hanyutkan berdozen rumah di Jepun, 19 dikhuatiri hilang
Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan hilang, dipercayai terperangkap dalam kejadian banjir lumpur akibat tanah runtuh dahsyat berpunca daripada hujan lebat di wilayah Atami, Barat Tokyo, lapor Sky News.
Menurut pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan, kejadian banjir lumpur berkenaan berlaku awal pagi waktu tempatan.
Laporan yang sama juga menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan menganggarkan lebih dari sedozen rumah dihanyutkan dalam kejadian banjir lumpur berkenaan.
Walaupun setakat ini, 19 orang dilaporkan hilang, pasukan penyelamat khuatir jumlah berkenaan mungkin bertambah.
Video-video yang menunjukkan kejadian tanah runtuh berkenaan turut tular di media sosial.
Breaking video: The moment a landslide occurred in Atami, Japan, leaving 20 people missing. pic.twitter.com/Kukq6ndvlh
— PM Breaking News (@PMBreakingNews) July 3, 2021
Pray for Japan 🇯🇵🙏🏼 pic.twitter.com/rfMhQ9NIQA
— Volleytrails🏐 (@TwoCityTrails) July 3, 2021
Japan. A mudslide has wreaked havoc on the city, killing 20, destroying buildings, and injuring countless more. pic.twitter.com/9olT1UQXr8
— Lee (@VictoryDay_Hope) July 3, 2021
BREAKING UPDATE! #Atami, #Japan: Authorities in Japan say at least 19 people missing after mudslides sweep away houses west of Tokyo following heavy rain. (AP) pic.twitter.com/kCYvNwumip
— ₩ⱧØ Đł₴ ⱤØ฿ł₦ ? (@_whoDis_whoDa_) July 3, 2021
Sumber: Sky News