Demi gembirakan anak, bapa sanggup buang rasa malu kutip mainan terpakai
Setiap bapa pasti mempunyai impian untuk memberikan yang terbaik demi kebahagiaan anak-anak. Namun, tidak semua bernasib baik dan ada segelintir yang perlu bekerja keras untuk memperolehinya. Kesempitan kehidupan kadang-kala membuatkan seseorang itu akan lebih bersyukur dengan segala pemberian daripada Penciptanya.
Tak malu ke ambil mainan dekat sampah
Baru-baru ini telah tular sebuah video seorang bapa sanggup membuang rasa malu mengutip mainan di tempat pembuangan sampah untuk dihadiahkan kepada anak-anak. Dalam video berkenaan, lelaki tersebut dilihat sibuk mencuci sehingga bersih sebelum permainan yang berupa mainan troli itu diberikan kepada anaknya, Nur Aisy Zakira yang berusia 5 tahun dan Muhammad Zakif Mikhail, 3 tahun.
@abieaisymikhail X malu ke ambik mainan kt sampah…x kisah lh org nk ckp apa.asal kn ank2 aku hppy dgn cara aku
Ingin mengembirakan anak tetapi perlu bersederhana
Menerusi kenyataan dari portal Harian Metro, Muhammmad Zakiman Irwan jelaskan bahawa cahaya matanya itu tetap gembira menerima hadiah tersebut meskipun tahu dari mana ia diambil. Isterinya, Nik Mastura Nawi tidak membantah dengan tindakan suami kerana permainan tersebut kelihatan masih elok. Lelaki berkenaan turut akui tujuan utama memuat naik video berkenaan hanyalah untuk suka-suka dan ingin sedarkan masyarakat diluar sana untuk hargai pengorbanan seorang bapa kepada anak-anak.
Bertuah adik-adik ni punya bapa yang sangat sayangkan mereka
Namun, dia sendiri tidak menyangka video itu mendapat perhatian ramai pengguna Tiktok. Dalam ruangan komen, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kagum dengan tindakannya dan turut beri gelaran bapa terbaik. Malahan ada individu yang mahu menghulurkan bantuan tetapi bapa itu hanya menerima sebagai hadiah untuk anak-anak. Dia juga terpaksa menolak bantuan berupa wang kerana berasakan ada yang lebih memerlukan berbanding dirinya.
Kredit: Tiktok abieaisymikhail & Portal Harian Metro