Dalam hantaran yang dibuat di Facebook itu, Hizanawati Hj Abu Bakar berkata, Damin seorang anak yang sangat baik dan beliau amat menyayangi arwah.
Menurut beliau, jenazah masih berada di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan urusan pengebumian dijangka pada lewat petang ini.
Beliau memohon orang ramai mendoakan semoga urusan dipermudahkan dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Terdahulu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam satu kebakaran di tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3. Difahamkan, kebakaran itu berpunca daripada dua rakan mangsa yang bergurau bermain api.
Rakan mangsa berkata ketika kejadian mereka sedang baring di atas sofa di dalam tandas berkenaan. Kebakaran bermula apabila mereka bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum api menjadi tidak terkawal.
Mangsa dikatakan tertidur di atas sofa itu namun sudah terjaga ketika kejadian. Rakan sempat meminta rakan keluar tetapi remaja itu didakwa baring semula di situ.
Dua rakan mangsa cuba membantu memadamkan kebakaran namun gagal kerana api semakin besar.
Kredit: Harian Metro | Facebook Hizanawati Hj Abu Bakar