Cucu Krisdayanti diberi nama Ameena Hanna Nur Atta
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti atau KD buat kali pertama mendedahkan wajah cucu sulungnya selepas lima hari dilahirkan menerusi akaun Instagram (IG), semalam.
“Alhamdulillah, perkenalkan cucu kami, Ameena Hanna Nur Atta,” tulisnya ringkas.
Ameena dilahirkan pada 22 Februari lalu di Rumah Sakit Bunda, Jakarta adalah anak kepada pasangan selebriti, Aurel Hermansyah yang juga anak pertama KD bersama YouTuber, Atta Halilintar.
Wajah bayi digelar Baby A itu turut dipertontonkan secara langsung dalam program televisyen berjudul Dahsyatnya Buah Hati Atta Aurel, semalam.
pasangan suami isteri berkenaan berjudul Malaikat Hidupku.
Program berbentuk hiburan itu antara lain memaparkan momen manis dilalui pasangan romantis itu sebelum dan selepas kelahiran.
Pada Ogos tahun lalu, Aurel yang mengalami keguguran mengumumkan hamil tiga bulan menerusi perkongsian dalam IG.