Cubaan untuk goreng kentang dalam cuaca panas bikin ramai terhibur

Cuaca di Malaysia boleh dikatakan ada kalanya tidak menentu seperti cuaca panas yang berpanjangan ataupun hujan yang turun secara tiba-tiba. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang berjaya menggoreng kentang semasa cuaca panas ini menarik perhatian ramai namun sebenarnya ada plot twist yang berlaku.
Cubaan lelaki itu menggoreng kentang itu bukanlah berjaya kerana cuaca panas namun sebenarnya itu semua hanyalah prank semata-mata. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.
@akmaltw “Malaysia is so hot” now is not a joke
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu menunjukkan kuali yang mengandungi kentang yang sedang digoreng bersama minyak masak. Menurutnya, dia cuba menunjukkan tahap kepanasan di Malaysia ini sehingga ia mampu menggoreng kentang tersebut.
Malah turut dapat dilihat, minyak masak itu yang kelihatan mendidih gara-gara cuaca yang panas. Lelaki itu sempat berseloroh kononnya ini adalah tanda-tanda akhir tahun sebelum kembali meletakkan kuali itu di atas dapur yang dibawanya.
Rupa-rupanya, itu semua cumalah satu prank sahaja kerana dia menggoreng kentang itu menggunakan dapur tersebut dan bukanlah cuaca panas itu. Melihatkan perkongsiannya ini, netizen turut berasa tertipu gara-gara terpedaya dengan lakonannya ini.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat cubaan lelaki itu menipu orang ramai. Malah ada yang berseloroh berasa menyesal mempercayai apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
“Lain kali buat kerja clean lah sikit lupa nak cut tu.”
“Bukan-bukan. Cut part belakang tu baru betul.”
“Aku dah cakap malaysia panas, tu aku nak pindah dubai.”
“Selamat anda kena prank. Dapurnya ku letak di tepi.”