“Comel Je..” Layankan isteri, Wan Emir ikut Mira Filzah menari tiktok

“Comel Je..” Layankan isteri, Wan Emir ikut Mira Filzah menari tiktok

Pasangan romantis, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar mencuri perhatian netizen apabila keduanya tampil menari dalam aplikasi TikTok yang dimuat pelakon itu di Instagram miliknya.

Ia menjadi perhatian apabila Wan Emir kelihatan selamba dan berusaha untuk menari bersama isterinya dalam video tersebut.

Meskipun hanya untuk seketika, lumrah sebagai selebriti pastinya akan memperoleh reaksi yang pelbagai daripada peminat.

 

Menjengah ke ruangan komen, ada yang memuji aksi Wan Emir yang hanya ‘melayan’ isteri kesayangannya itu.

“Bagi suami dia layankan isteri, bini pula comel..” tulis seorang peminat.

“Nampak mata suami dia ikut gerak kaki si isteri, comel.” komen peminat yang lain.