Bomba potong cincin besi sangkut pada alat sulit lelaki
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.14 pagi ketika pihak hospital cuba mengeluarkan cincin dari alat sulit lelaki berusia 37 tahun.
“Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong cincin yang tersangkut pada alat sulit menggunakan peralatan khas berikutan ia agak tebal,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, operasi mengambil masa 15 minit susulan berdepan sedikit kesukaran.