Cikgu Fadli tak halang Caprice nak gali salah silap lama, akui silap & jelaskan perkara sebenar

Cikgu Fadli tak halang Caprice nak gali salah silap lama, akui silap & jelaskan perkara sebenar

Hari ini, portal melaporkan penyanyi rap sensasi cuba mendedahkan rahsia seorang individu yang dikatakan mempunyai sisi gelap membabitkan topik pendidikan negara.

Bagaimanapun, hantaran yang dibuat oleh pelatun lagu Takde Hal Bro menerusi platform Insta Story miliknya semalam dipercayai telah dipadam tidak lama kemudian. Malangnya, terdapat individu sempat menangkap layar hantaran berkenaan.

Perkongsian itu menimbulkan tanda tanya ramai akan siapakah individu yang dimaksudkan oleh Caprice sehingga ada yang mengaitkan dengan cikgu Fadli.

 

Cikgu Fadli tampil beri penjelasan

Mungkin tahu individu yang disebut oleh Caprice, cikgu Mohd Fadli Salleh tampil memberi penjelasan sebenar menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Menurut cikgu Fadli, dia mengakui kesilapan terhadap hantaran yang dibuatnya sekitar tahun 2018 yang lalu sehingga disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Dalam masa sama,  guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak juga mengakui kesilapan lain yang dilakukannya sebelum ini seperti mengiklankan rokok elektrobik dan menyentuh perihal antivaksin.

Sementara itu, Cikgu Fadli meminta pihak lain supaya tidak berpaling tadah daripada isu berbangkit dibincangkan iaitu silibus pendidikan dan bukannya kesilapan lampau.

Diharapkan dengan penjelasan yang diberikan oleh Cikgu Fadli ini dapat memuaskan hati pihak tertentu terutama bagi mereka yang gigih ‘korek’ kisah lama seseorang.

Sumber: Facebook Cikgu Fadli Salleh