“Cari ketenangan..” Janna Nick bawa diri ke Eropah selepas kecoh putus cinta

“Cari ketenangan..” Janna Nick bawa diri ke Eropah selepas kecoh putus cinta

Sejak kelmarin, kecoh di media sosial mengenai hubungan percintaan antara selebriti Janna Nick dan kekasih hatinya, Dini Schatzmann yang dikhabar ‘putus di tengah jalan’ selepas dia mendedahkan statusnya kini ‘single’.

 

 

Pelakon itu turut menutup ruangan komen pada hantaran itu. Janna menerusi perkongsian berasingan di Instagram Story malam semalam sempat meluahkan keinginan untuk melancong.

Terjumpa Janna Nick di lapangan terbang

Terbaharu, menerusi Insta Story yang dikongsikan oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana memaparkan dia terjumpa secara tidak dengan Janna di lapangan terbang.

“Cari ketenangan di Eropah okey,”ujar Janna sewaktu ditanya.

Boleh pula terjumpa

Malah, Puteri Sarah sempat menitipkan pesanan kepada Janna agar menjaga diri walau di mana dia berada kelak.

“Boleh pula terjumpa Janna Nick kat airport. Jaga diri sorang-sorang di manamu berada nanti. Love you,”tulis Puteri Sarah di ruangan hantaran tersebut.

Terdahulu, Janna jugak dikhabarkan telah membuang Dini Schatzmann sebagai pengikutnya dan gambar-gambar kebersamaan mereka turut tiada. Bagaimanapun, Dini masih belum membuang gambar mereka berdua di media sosialnya.

 

 

Dan, Dini  juga masih lagi mengikuti Instagram Janna dan belum membuat sebarang penjelasan. Gambar-gambar mereka juga masih ada dan belum dibuang seperti dilakukan Janna Nick.

Untuk rekod, pasangan tersebut sudah tiga tahun menjalin hubungan cinta dan setiap memori diraikan bersama pasti akan dikongsikan di media sosial.

Apa-apa pun, didoakan agar Janna tenang dan kekal selamat walau di mana jua dia berada. Mana tahu, sambil merawat hati boleh ‘terjumpa’ jodoh bermata biru yang jauh lebih kacak dan baik dari Dini?

Sumber: Instagram @jannanick,  @puterisarahliyana