“Macam ni baru betul” – Warganet kagum cara abang kantin ini layan murid sekolah

“Macam ni baru betul” – Warganet kagum cara abang kantin ini layan murid sekolah

 

Kes melibatkan individu yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ kini sedang hangat menjadi buah mulut netizen. Terkini, Abang Bas difahamkan telah ditahan polis dan akaun TikTok miliknya juga disekat.

Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen mula membandingkan ‘Abang Bas’ dengan seorang individu ini yang menunjukkan cara layanannya terhadap kanak-kanak sekolah yang ingin membeli makanan di kantin.

Dalam video tersebut, jika diperhatikan dia mengajar cara murid sekolah membeli makanan dan membantu murid-murid yang masih baru di sekolah, jika mereka tidak cukup wang selain daripada menjelaskan kiraan sebenar untuk kanak-kanak itu mudah difahami.

Melihat cara dia melayan kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang, ramai netizen yang menyatakan bahawa inilah cara yang betul untuk melayan kanak-kanak jika seseorang itu suka pada anak kecil.

Screenshot 2024 09 06 135348

Screenshot 2024 09 06 135416

Screenshot 2024 09 06 135547

Screenshot 2024 09 06 135434

Screenshot 2024 09 06 135503

Dalam pada itu ramai juga yang menegur pemuda ini kerana merakam kanak-kanak tersebut tanpa menutup wajah mereka kerana ia adalah satu kesalahan di dalam Akta Kanak-kanak.