Caprice masuk hospital ingatkan serangan jantung, rupa-rupanya…

Caprice masuk hospital ingatkan serangan jantung, rupa-rupanya…

Aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap sensasi, Caprice, 33, dikejarkan ke sebuah pusat perubatan ibu negara semalam selepas seluruh bahagian kanan badan beliau berasa kebas.

Kata penyanyi lagu Takde Hal Bro itu, doktor memberitahu dirinya mengalami tanda awal penyakit hyperthyroidism iaitu kelenjar tiroid terlalu aktif yang menghasilkan terlalu banyak hormon dan membuatkan metabolisme tubuh meningkat.

Saya bangun tidur pagi ini dengan sakit dada yang teruk. Saya panik dan terus menghubungi ambulan dan perasan saya tak boleh bercakap dengan betul.

IG Story Caprice

 

Dalam pada itu, Caprice berharap, masalah kesihatan yang dihadapinya itu dapat diselesaikan dengan hanya mengambil ubat-ubatan tanpa perlu melalui rawatan yang lebih serius iaitu pembedahan.

Terdahulu Ogos tahun ini, Caprice pernah dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di Jordan gara-gara mengalami demam dan serangan panik selepas menerima suntikan dos kedua vaksin