Caprice dedah lagi perbualan manja-manja ustaz, “Din tak pernah kiss ustaz pun”

Caprice dedah lagi perbualan manja-manja ustaz, “Din tak pernah kiss ustaz pun”

Penyanyi rap sensasi, Caprice kembali menjadi perbualan ramai di media sosial apabila kerap melakukan pendedahan berhubung jenayah seksual membabitkan golongan pendakwah.

Terbaru, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi satu paparan skrin memaparkan perbualan  individu yang menggelarkan dirinya ‘ustaz’ dengan seorang remaja di aplikasi WhatsApp.

 

 

Menurut Caprice yang juga aktivis kemanusiaan, perbualan tersebut adalah antara cara bagaimana ‘sexual grooming’ itu berlaku dimana si pelaku akan ‘bermain emosi’ dengan mangsa sehingga diperdaya.

Menerusi paparan skrin itu, ustaz berkenaan seperti meluahkan perasaan sedihnya serta memerlukan seseorang yang menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya.

“Kalau macam tu, satu hari, ustaz nak pinjam lengan Din untuk luah apa ustaz nak luah. Dalam hidup ni, ustaz nak cari orang yang betul sayang dan caring ustaz,” itu antara luahan ustaz tersebut.

Seolah-olah kasihan dengan ‘nasib’ ustaz, remaja terbabit dilihat hanya melayan perbualan itu selain mengakui dia seorang anak manja terhadap keluarganya.

“Saya setiap minggu free (ada masa) ustaz. Ustaz nak pakai saya ambil la. Parents saya pun okey je. Saya pun memang jenis manja dengan mak saya,” balas remaja itu.

Bagaimanapun, Caprice tidak menyebut nama sebarang individu terlibat sebaliknya memaklumkan bahawa mangsa sudah bertemu dengannya untuk berkongsi pengalaman berdepan situasi tersebut.

Sumber: Instagram Caprice