“Bukan nak takutkan tapi” – terlalu sesak, netizen nasihat Khairul Aming elak ke Cameron sebab ada kes COVID 19?

“Bukan nak takutkan tapi” – terlalu sesak, netizen nasihat Khairul Aming elak ke Cameron sebab ada kes COVID 19?

Semenjak sempadan negeri telah dibuka, ramai di antara kita sudah ada perancangan tersendiri untuk pergi bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat menarik di negara ini.

Antara tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam negara ialah Cameron Highlands dek kerana cuacanya yang sejuk dan permandangan yang indah. Min rinduuu nak makan strawberry sana!

Pun begitu, semenjak dua menjak ini tular beberapa gambar dan video yang memaparkan kesesakan yang berlaku di Cameron Highlands akibat terlalu ramai orang ke sana.

F58002Ab 5995 44Dd 9282 56510331F3Bf 800X445 C

 

“Guys sekarang cameron memang ramai time weekend je eh or…” 

Mempunyai keinginan seperti pengunjung lain juga yang ingin ke Cameron Highlands, personaliti media sosial, Khairul Aming ada bertanyakan kepada netizen sama ada situasi sesak di kawasan berkenaan hanya pada weekend sahaja.

 

Pun begitu, rata-rata netizen memberi respon situasi di Cameron Highlands seperti tiada beza tak kiralah hari apapun kerana ramai orang kelihatan pergi ke sana meskipun pada hari bekerja. Uish bukan main eh! 

“Ramai juga yang bergejala balik dari cameron” 

Lebih menakutkan, seorang netizen yang bertugas di bidang kesihatan memberitahu ada di kalangan pelancong yang baru pulang dari pusat peranginan tersebut didapati positif COVID 19 serta bergejala. Alamak! 

Positif

Sumber: Twitter

 

“Jgn pergi buat masa ni. Pergi bulan 1 nanti” 

Disebabkan terlalu ramai orang berada di Cameron Highlands, ada di kalangan netizen memberi nasihat supaya netizen lain termasuklah Khairul Aming sendiri menangguhkan hasrat ke sana buat sementara waktu sehingga kesesakan reda.

Masa yang terbaik menurut seorang netizen ini ialah pada bulan Januari di mana pada ketika itu kebanyakan orang sedang fokus untuk bekerja dan anak-anak sudah kembali ke sekolah.

Cameron Sesak

Sumber: Twitter

Dalam masa sekarang ni, kalau nak bercuti kena bijak-bijaklah kita merancang sebaiknya sebab bimbang kawasan terlalu sesak dan tak pasal-pasal terdedah dengan wabak COVID 19 pula.