10 helai cukup ke? Ini bilangan seluar dalam yang sepatutnya lelaki kena ada

10 helai cukup ke? Ini bilangan seluar dalam yang sepatutnya lelaki kena ada

 

Bagi seorang lelaki, nak beli seluar dalam bukanlah susah mana. Selalunya, apa yang mereka tahu hanyalah saiz, jenis getah pinggang, dan harganya. Jika semua ini menepati kriteria yang mereka nak, terus saja dibeli tanpa perlu bimbang dengan perkara lain.

Namun, para lelaki juga perlu tahu bahawa ada beberapa perkara penting yang sebenarnya perlu diberi perhatian. Antaranya adalah bilangan seluar dalam yang sepatutnya seorang lelaki perlu ada. Adakah 5 helai pun sudah memadai, ataupun perlu ada dalam kuantiti yang lebih banyak?

Menurut wearcommando, seorang lelaki secara umumnya perlu memiliki sekitar 14 ke 20 helai seluar dalam. Sudah tentunya, jumlah ini boleh berubah mengikut aktiviti dan rutin seseorang lelaki itu, bergantung pada pergerakan hariannya.

Jadi, berapa banyak yang korang perlukan sebenarnya dan mengapa penting untuk mempunyai jumlah yang mencukupi?

Cuba korang andaikan, jika pakai dua helai sehari, satu waktu siang dan satu lagi waktu malam, maksudnya secara purata dalam seminggu sahaja, sudah 14 helai diperlukan.

Itupun kalau dibasuh seminggu sekali, jumlah 14 helai seluar dalam mungkin cukup untuk menampung keperluan harian. Namun, untuk mengelakkan situasi di mana korang kehabisan seluar dalam bersih sebelum sempat mencuci, sebab itu disyorkan mempunyai beberapa helai tambahan. Ada sekitar 18 hingga 20 helai sudah cukup memadai.

Tukar seluar dalam setiap hari bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi juga penting untuk kesihatan diri. Kalau korang nak tahu, rutin ini boleh bantu mencegah pengumpulan bakteria dan kelembapan yang boleh menyebabkan jangkitan kulit atau iritasi.

Selain faktor kesihatan, seseorang lelaki juga perlu seluar dalam yang dipakai sesuai dan tidak ketat.

Kenapa Kena Pakai Seluar Dalam yang Sesuai, Tidak Ketat?

Sebelum itu, korang tahu tak pentingnya pemilihan seluar dalam yang sesuai? Bukan hanya berkaitan dengan keselesaan tetapi juga kesihatan. Seluar yang terlalu ketat boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang tidak diingini.

  • Gangguan Peredaran Darah: Jangan korang tak tahu, seluar dalam yang terlalu ketat boleh menyekat aliran darah. Bukan hanya menyebabkan rasa tidak selesa, malahan boleh buatkan korang rasa kebas pada kawasan tertentu sehingga menggangu aktiviti harian
  • Kebersihan dan Kesihatan Kulit: Memakai seluar dalam yang ketat tidak membenarkan pengudaraan yang baik, yang boleh mengakibatkan peluh dan bakteria terkumpul. Perkara ini kalau dibiarkan boleh menyebabkan iritasi kulit, ruam, dan bau yang tidak menyenangkan.

Pemilihan Seluar Dalam Yang Tepat Pengaruhi Keselesaan Pengguna

Pemilihan seluar dalam yang sesuai dan tepat untuk seorang lelaki juga penting agar dirinya dapat merasakan keselesaan yang maksimum sepanjang hari. Antara elemen yang perlu diambil kira adalah seperti saiz yang tepat, jenis fabrik dan getah serta harga yang berbaloi dengan kualitinya.

Jika nak bercerita tentang keselesaan, sudah pastinya SPENDA yang dikeluarkan oleh Tuatu yang akan menjadi pilihan ramai. SPENDA menawarkan 7 jenis saiz iaitu S, M, L, XL, 2XL, 3XL, dan 4XL yang memastikan keselesaan dan fit yang optimum. Warna-warna yang disediakan juga tampak menarik, memenuhi citarasa individu yang berbeza. Ada 5 warna yang boleh korang pilih iaitu Monday Blues (Navy), Just Tuesday (Biru), Black Friday (Hitam), Hump Day (Apricot) dan Malam Jumaat (Kelabu).

SPENDA juga menawarkan harga yang sangat berpatutan sesuai dengan keselesaan optimum yang korang akan nikmati. Harga satu helai seluar dalam SPENDA Tuatu adalah RM35, namun sempena bulan Kemerdekaan ini, SPENDA Tuatu menawarkan set kombo dengan harga lebih berbaloi. Pakej 3 Helai dijual pada harga RM99 yang memberi penjimatan istimewa berbanding pembelian secara sehelai.

Namun, bagi yang berniat untuk menjadikan SPENDA ini sebagai hadiah untuk suami, korang boleh menikmati harga yang lebih berbaloi.

Khas juga sempena Kemerdekaan, SPENDA Tuatu melalui Set Gift Box menawarkan harga RM114 untuk kombo 3 helai, kotak khas, dan juga percuma 1 helai SPENDA x WALTER untuk dihadiahkan kepada orang tersayang

Bagi penerima, pastinya dia akan berasa gembira menikmati keselesaan dan juga keyakinan bagi setiap pergerakan yang dibuat.

Apa yang lebih menarik tentang SPENDA TUATU, setiap kotak yang korang pesan akan dibalut dengan bubble wrap untuk memastikan pakej sampai kepada korang dalam keadaan yang sempurna. Ini adalah bukti komitmen jenama ini terhadap kepuasan pelanggan.