“Bila tak laku, cakap kena buatan orang” – Wanita kesal ‘order’ nasi goreng berbeza, tapi dapat sama

“Bila tak laku, cakap kena buatan orang” – Wanita kesal ‘order’ nasi goreng berbeza, tapi dapat sama

Rasanya semua orang akan marah jika makanan yang kita beli diterima dalam keadaan yang tidak memuaskan, apatah lagi peniaga restoran tidak menyajikan makanan seperti yang ditempah dalam menu.

Sama seperti luahan seorang pengguna di TikTok, wanita ini tampil meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan oleh sebuah restoran.

Menerusi video pendek yang dimuat naik, nasi goreng yang ditempah semuanya kelihatan sama, namun tempahan yang dibuat merupakan tiga jenis nasi goreng yang berbeza.

https://vt.tiktok.com/ZSebqHpVA/

Bukan sahaja mempunyai warna serta tekstur yang sama, malah ia juga dipercayai dimasak dalam satu kuali. Bagaimanapun, wanita tersebut tidak menceritakan rasa nasi goreng terbabit dan dipercayai, ia merupakan kali terakhir dia membuat pesanan di restoran itu.

Meninjau di ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen turut berasa geram biarpun tidak berada di tempat wanita itu dan banyak yang mendakwa, tiga-tiga nasi goreng itu dimasak dalam kuali yang sama.