“Bila dibelah, tidak ada darah”-6 doktor pakar masih tak dapat kesan penyakit misteri Ustaz

“Bila dibelah, tidak ada darah”-6 doktor pakar masih tak dapat kesan penyakit misteri Ustaz

Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias yang mengalami sakit misteri sejak tahun lalu memaklumkan beliau masih meneruskan rawatan di hospital.

Menurut laporan, ustaz berusia 49 tahun itu telah dirawat oleh enam doktor pakar namun penyakit misterinya masih gagal dikesan.

Ikhtiar rawatan alternatif

Meskipun begitu, beliau akui tetap istiqamah dan berikhtiar untuk meneruskan kedua-dua rawatan moden dan alternatif.

“Mereka sampai sekarang tidak dapat kenal pasti penyakit saya hadapi.”

Kata Ustaz Kazim lagi, beliau sudah jangka jawapan yang akan diterima setiap kali membuat rawatan namun dia tetap mengikut prosedur hospital untuk membuat MRI, ambil darah dan sampel spesimen.

Jadi bila mengatakan tidak ada penyakit, tidak diketahui masalah, saya teruskan dengan rawatan alternatif. Tapi dengan doktor saya tetap buat rawatan susulan.”

 

Kaki dibelah tapi tiada darah

Beliau turut berkongsi pengalaman ketika kakinya dibedah hujung tahun lalu. Katanya, doktor tidak menemui sebarang masalah malah tiada darah atau nanah yang keluar sedangkan ubat cair darah sudah dimakan sebelum ini.

Sebab kaki saya dah bengkak maka saya izinkan doktor untuk membelah. Bila dibelah, tidak ada darah dan nanah.”

Meskipun ada menyimpan bukti video kejadian itu, beliau tidak tunjukkan kepada media kerana takut ada yang tidak percaya.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan Ustaz Kazim Elias dan semoga urusan mendapatkan rawatan bagi menyembuhkannya, dipermudahkan.