Betul ke tak berkesan? Tan Sri Noor Hisham jelaskan keberkesanan penggunaan ‘Nano Mist Spray’
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Norr Hisham Abdullah hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu keselamatan dan keberkesanan nano mist spray sebagai alat disinfeksi.
Nano mist spray adalah alat penyembur yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Alat ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan
Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti spray gun, handheld spray sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri.
Faktor keberkesanan nano mist spray
Sejak akhir-akhir ini, nano mist spray mula mendapat perhatian umum untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19. Ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara (airborne) dan juga di permukaan.
Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan.
Larutan disinfeksi yang berkesan
Secara umumnya pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada yang berkesan membunuh virus COVID-19 di permukaan adalah seperti berikut:
- larutan yang mengandungi alkohol 70%-90%
- hydrogen peroxide
- thymol
- quarternary ammonia
- larutan berasaskan klorin
Senarai larutan disinfeksi yang berkesan untuk COVID-19 boleh diperolehi di laman sesawang US Environmental Protection Agency yang menjadi rujukan seluruh dunia.
Bahaya untuk manusia
Jelas DG Hisham, larutan disinfeksi yang dinyatakan ini adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.
“Ini adalah kerana, sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.
“KKM ingin menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual,” kata DG Hisham dalam kenyataan tersebut.
Pada masa ini KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran disinfektan permukaan yang boleh dicapai melalui laman web ini.
Garis panduan ini turut menerangkan keperluan pelabelan disinfektan. Selain itu, laporan penilaian ke atas pelbagai kaedah disinfeksi untuk
mencegah penularan COVID-19 boleh dicapai melalui pautan ini.
Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia
Isu keselamatan dan keberkesanan nano mist spray sebagai alat disinfeksi.
Safety and effectiveness of nano mist spray pic.twitter.com/sAQTlWY0cf
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 21, 2021