Bertukar menjadi tompok gelap, satelit berjaya rakam aktiviti letusan di matahari
Menakjubkan, Satelit Balai Cerap Dinamik (SDO) di angkasa lepas milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dilaporkan telah merakam aktiviti letusan matahari selama lima jam pada Selasa.
Menurut Space.com, tidak dapat dipastikan dari mana letupan itu berpunca tetapi ia disyaki akan menjadi tompok matahari atau bertukar warna menjadi kepekatan gelap akibat aktiviti magnetik di permukaan matahari.
Bagaimanapun, matahari itu tidak menghadap bumi ketika aktiviti letusan berlaku.
“Sekurang-kurangnya setengah dozen letupan telah berlaku semasa rakaman tersebut,” kata SpaceWeather.com.
Tompok matahari ialah kawasan yang kelihatan gelap di permukaan matahari kerana ia lebih ‘sejuk’ daripada kawasan di bahagian lain.
Menariknya, tompok matahari juga boleh menjadi berkali ganda lebih besar daripada seluruh bumi.
Sementara itu, para saintis mengatakan akan mendapat gambaran yang lebih baik mengenai keadaan matahari itu apabila ia berputar ke arah pandangan bumi dalam tempoh kira-kira 24 hingga 48 jam, lapor Daily Mail.
Untuk pengetahuan, putaran matahari adalah berbeza mengikut latitud kerana ia adalah ‘bola gas’ yang besar tetapi mengambil masa 24 hari bumi untuk berputar di Khatulistiwa dan lebih daripada 30 hari di kutub.
Pemain Video
Sumber: Space.com, Daily Mail