“Bersembang tak pandang depan” – Azhan Rani kemalangan, remaja kena ‘sound’ belajar bawa motor betul-betul

“Bersembang tak pandang depan” – Azhan Rani kemalangan, remaja kena ‘sound’ belajar bawa motor betul-betul

Beberapa hari lalu, pelakon terkenal, Azhan Rani, 45, dilaporkan telah ditimpa kemalangan di Jalan Templer, Rawang, Selangor ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran di Kuala Lumpur.

0118Rsazhan 1642494946

Sumber: Harian Metro

Menerusi perkongsian rakan baiknya, Beto Kusyairi, Azhan telah berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di kawasan berkenaan hingga mengakibatkan tulang bahu dan tiga tulang rusuknya retak.

Menerusi perkongsian Azhan sendiri di Instagram, tulang scapulanya dilaporkan pecah, namun dia kini berada dalam keadaan stabil.

 

“Buat 2 orang adik yang naik motor kapcai… bersembang tak pandang depan” 

Sejurus mendiamkan diri beberapa ketika di media sosial, Azhan tampil membuat posting terbaru di Instagram hari ini dengan berterima kasih kepada individu yang membantunya ketika kemalangan berlaku tempoh hari.

Menurutnya, individu-individu terbabit telah mengangkatnya ke tepi jalan dan ada juga yang berjaya hentikan lori daripada melanggarnya.

Selain itu, Azhan juga sempat menitip ‘pesan’ buat dua orang adik yang didakwa sedang menunggang motor kapcai dan bersembang tidak memandang ke hadapan.

Remaja berkenaan dikatakan tiba-tiba masuk ke lorong di mana Azhan pada ketika itu ingin membuat pusingan U hingga menyebabkan mereka terlibat dalam kemalangan.

“Buat 2 orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba2 masuk lane saya nak buat u turn semoga korang tak apa-apa.

“Maaf abang tinggikan suara kat korang dalam ambulance haritu. Mohon jangan bawa motor macam tu lagi. Kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur,” tulisnya.

 

“Awak accident dengan anak buah saya” 

Posting berkenaan walau bagaimanapun telah mendapat respon dari seorang netizen yang mengakui anak saudaranya antara yang terlibat dalam kemalangan itu.

Menurut wanita itu, anak saudaranya kini di hospital dan sedang menunggu untuk dibedah jari kelingking serta alami kecederaan teruk di bahagian tumit.

Azhan Rani Sound

Sumber: Instagram

Komen tersebut mendapat balasan Azhan yang agak ‘pedas’ dengan meminta wanita berkenaan mengajar mangsa cara-cara membawa motor dengan betul dan tidak membahayakan orang.

Apa-apapun didoakan semoga kedua-dua pihak sembuh secepat mungkin dan tiada kecederaan serius berlaku. Get well soon Ustaz Madi!