Berlakon bersama Yusuf Bahrin, Intan Najuwa akur diminta jangan bersentuhan

Berlakon bersama Yusuf Bahrin, Intan Najuwa akur diminta jangan bersentuhan

Aktres Intan Najuwa memilih untuk lebih berhati-hati apabila bergandingan dengan aktor, Yusuf Bahrin yang menjaga batas dalam lakonan.

Menurut laporan Kosmo! Online, aktres berusia 25 tahun itu menghormati permintaan aktor tersebut yang menolak babak bersentuhan dalam drama terbaharu mereka berjudul Jesnita.

 

 

“Saya tiada masalah, itu hak dia untuk tidak bersentuhan. Bila tahu tentang itu saya hormati dan lebih berhati-hati.
“Saya terus letakkan dalam kepala dan tahu nak buat macam mana,” kata Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid.

Intan berkata, dia yakin drama arahan Emi Suffian itu tidak akan terpalit dengan kontroversi seperti terjadi kepada dirinya serta hero gandingan dalam drama-drama sebelum ini.

“Saya rasa kali ini tiada kontroversi sebab drama ini bukan cerita cinta. Lebih kepada cerita tentang keluarga. Saya yakin tiada timbul kontroversi yang tidak sepatutnya,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai cara berdepan kontroversi, Intan berkata dia lebih memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu situasi menjadi lebih buruk.

 

 

“Saya lebih suka diam saja, kalau melenting saya takut buat kesilapan atau cakap benda-benda yang buruk dan mengeruhkan keadaan.
“Selalunya bila semua dah reda baru saya bercakap tentang itu. Saya tolak tepi perkara yang bawa toksik dalam kehidupan saya,” kongsinya.

Drama 40 episod tersebut turut menampilkan Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Malek Maccrone, Fathia Latiff dan ramai lagi.

Sumber: Kosmo! Online (Lia Othman) , Instagram Intan Najuwa